15 Tips Murah Rezeki



15 Tips Murah Rezeki

1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.

2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.

3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.

4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.

5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!

6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.

7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.

8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.

9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!

10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.

11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.

12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.

13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).

14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.

15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri.

Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.

Kredit : The Tazkirah Iman

OST Takdir Yang Tertulis - Karmw




LIRIK

Sejenak ku melukiskan dirimu
Yang terukir di hatiku
Namun memang benarkah jiwa ini
Untukmu...

Lembaran hari pun kian berganti
Ku masih memikirkanmu
Kau membuat semuanya sempurna
Tapi kenyataannya...

Kamu dan cinta tak seindah
Pintalan rindu hatiku
Bagaikan karma yang menjawab semua

Kamu dan aku tak menyatu
Terhempas jauh kasihku
Mungkinkah takdir memisahkan kita
Berdua...

Mengenang mekarnya cinta yang dulu...
Dikaburi kemanisan

Cinta yang kini berubah
Kau memang pantas rasakan...

Kamu dan cinta tak seindah
Pintalan rindu hatiku
Bagaikan karma yang menjawab semua

Kamu dan cinta tak seindah
Pintalan rinduhatiku
Bagaikan karma yang menjawab semua

Kamu dan aku tak menyatu
Terhempas jauh kasihku
Mungkinkah takdir memisahkan kita
Berdua...

Artis : Jaz & Kaka Azraff
Lagu : Karma
Komposer : Farouk Roman
Lirik : Aisha Retno

Klik sini - Muzik video

Sinopsis Takdir Yang Tertulis

Sinopsis Takdir Yang Tertulis 


Mengisahkan tentang Juweta, Ruhila, Azlan dan Ean. Perkenalan yang bermula sejak zaman universiti menjadi huru hara apabila persahabatan dicabar dengan kesetiaan dan kepercayaan. 

Azlan yang menyukai Ruhila tanpa mengetahui bahawa Ruhila adalah kekasih Ean. Hal tersebut sedikit menggugat Ean. 

Hubungan suami isteri, Azlan dan Juweta semakin meruncing. 

Cubaan Azlan untuk mengambil hati isterinya berakhir dengan pergaduhan besar. Sementara itu, anak mereka, Mika trauma dengan pergaduhan ibu bapanya.

Huru Ikon Kucing

HURU IKON KUCING


Bagi yang tidak mengetahui kisahnya, kucing putih comel berbulu panjang ini sama seperti kucing biasa.

Tetapi bagi yang mengikuti kisahnya akan tahu... Kucing comel bernama Huru ini hampir menjadi lauk diatas meja penduduk Yulin di China.

Pesta Daging Anjing dan Kucing di Yulin China diadakan setiap tahun dimana beribu-ribu anjing dan kucing liar ditangkap, dimasukkan dalam sangkar besar dan dibunuh sebagai hidangan istimewa bagi penduduk disitu.

Nasib Huru dan beberapa kawannya sangat baik apabila diselamatkan dan dibeli oleh Humane Society International. Namun banyak lagi kucing dan anjing lain yang kurang bernasib baik telah menjadi santapan dalam perayaan itu.

Gambar Huru yang memanjat pagar dengan muka yang ketakutan akan sentiasa menjadi igauan bagi pencinta kucing sebagai gambaran neraka dunia bagi kucing kesayangan.


New Blog

 

New Blog...


Assalamualaikum... rindu nak berblog...

Blog lama, tak tahu macam mana nak hidup kan semula..

dah cuba.. tetap tak dapat.. akhirya.. malas nak sakit kan kepala.. buat blog baru..

Harap lepas ni.. akan cuba untuk aktif berblog lagi.. 


Resepi Takoyaki

Takoyaki Resepi adunan tepung:(batter) 1cwn tpg gandum 1 1/2sudu besar tpg jagung 2 bj telur 2 cwn air 1/2 kiub ayam 1sudu bsr kicap Garam ...