JIN: UMMU SIBYAN

UMMU SIBYAN


Menurut pengalaman murobbi, Jin ini adalah jenis jin wanita yg suka memporak-perandakan rumah-tangga Kita, mengunci nafsu isteri, membunuh bayi dalam kandungan, menaikkn nafsu lelaki sekaligus memanfaatkan airmani lelaki, dan lain-lain.

Wanita mengandung pula, ummu sibyan akan masuk ke dlm kandungan isteri kemudian menendang bayinya sehingga keguguran, menyumbat & mengunci/mengikat rahim isteri dgn tujuan tidak blh mengandung/mandul dan tiada nafsu kpd suami.

Sebab ummi sibyan masuk kerumah ada 2 iaitu,

1. Masuk ketika waktu dekat nak magrib, terutamanya cahaya matahari berwarna kemerahan / jingga.

2. Mengangkat jemuran pakaian selepas magrib kerana mereka akan menjampi sihir kemudian sihir itu menumpang di pakaian tersebut agar sihir itu dpt masuk ke rumah.

Jadi, tutuplah segala pintu rumah depan belakang dan segala tingkap/jendela sebelum bertemu waktu nak dekat Maghrib atau cahaya matahari berwarna kemerahan / jingga. Dan angkatlah jemuran Kain sebelum waktu itu juga. Tambahan lain, bersihkanlah debu-debu seperti habuk/sarang labah2 di siling, di dinding dan lain2 kerana mereka membuat rumah mereka di sana dan beranak-pinak di sana..
Apabila tidak dicegah dan dibiarkan boleh membawa penyakit sehingga tahap kronik sprt suka marah, benci-membenci,, tekanan jiwa/Hati, malas beribadah, anak nakal & keras kepala dan lain2...

Sebagai tambahan pagar rumah, selitkan surah zalzalah dlm bacaan-bacaan lain dlm proses memagar rumah..kerana ia umpama pintu/jendela yg berapi yg dgn izinNya bersifat membakar segala Jin & syaitan.. caranya lebihan garam pagar rumah itu campur dgn air kemudian spray/percikkan kat semua permukaan pintu utama & blkng serta semua tingkap/jendela rumah.

Daripada sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian.” (Sahih HR Bukhari & Muslim)

No comments:

Post a Comment

Resepi Takoyaki

Takoyaki Resepi adunan tepung:(batter) 1cwn tpg gandum 1 1/2sudu besar tpg jagung 2 bj telur 2 cwn air 1/2 kiub ayam 1sudu bsr kicap Garam ...