Resepi Takoyaki

Takoyaki


Resepi adunan tepung:(batter)
1cwn tpg gandum
1 1/2sudu besar tpg jagung
2 bj telur
2 cwn air
1/2 kiub ayam
1sudu bsr kicap
Garam secubit
Blend semua bhn & perap 30mnt

Resepi sos takoyaki homemade:
1cwn sos tomato
3/4 cwn kicap cair
1/4 cwn air asam jawa
1/2 cwn gula
Halia 2cm dicincang
2 ulas bwg putih dicincang
Masuk semua dlm periuk...Masak semua bhn atas api perlahan hingga larut & pekat..tapis dan sejukkn..
*lebihan sos simpan dlm peti ais..tahan 1-2 bulan

Filling : seafood , sosej ,fillet crab
*celur dulu
Sayur kobis disagat
Daun bawang dicincang halus
*kobis & daun bawang digaul mesra

Cara masak takoyaki atas pan:
Letak sedikit adunan tepung, letak sayur & seafood..tuang adunan menutupi lubang pan..tggu sebentar baru terbalik adunan dlm pan hingga jadi bentuk ball..(1st time buat kena sabar yee)
*bleh tgk utube utk belajar golek2 takoyaki tuu..hihihi

Bahan tabur: bonito flakes(cari kt jusco kt bhgian korean/ japan food)kt daiso pun ada..
Serbuk seaweed(xde pun xpe)
Mayonis

Step utk prepare takoyaki:
1: takoyaki
2:tuang sos secukup rasa
3: mayonis
4:serbuk seaweed
5: tabur bonito flakes

Credit to Wan Zue Kak Yong

4 Langkah Mudah Penjagaan Wajah Menggunakan Cosmoderm Skin Lab

4 Langkah Mudah Penjagaan Wajah Menggunakan Cosmoderm Skin Lab


Wajah yang bersih dan cantik merupakan idaman setiap wanita.. Malah pada zaman sekarang, lelaki juga mula mengambil berat mengenai penjagaan wajah masing-masing.. Jadi Reen nak kongsi dengan korang satu produk terbaru dari Cosmoderm iaitu COSMEDERM SKIN-LAB.


Cosmoderm Perfect Balanced kaya dengan Calamine dan Prebiotik yang membantu:
 ❤ Seimbangkan mikrobioma kulit sehingga menghidrat dan meningkatkan perlindungan di permukaan kulit
 ❤ Memastikan penghalang kulit tetap utuh dan lebih sihat daripada sebelumnya
 ❤ Mengurangkan kegatalan kulit dan menenangkan kemerahan

Cosmoderm Skin-Lab ini mengandungi 4 produk. 
1. Foaming Cleanser 
2. Toning Lotion
3. Soothing WOW Cream
4. Sun Milk SPF25PA++


Langkah 1: Foaming Cleanser 
Langkah pertama merupakkan asas penjagaan wajah.. Bersihkan wajah supaya bebas dari kotoran. 

Langkah Dua: Toning Lotion
Selepas bersihkan wajah, amat penting untuk kita menggunakan toner supaya liang-liang roma yang terbuka dapat ditutup dan tidak di cemari debu-debu dan kotoran. Cara menggunakan sangat mudah, tuang sedikit di tangan dan dap dap di seluruh wajah. Goncang sebelum guna. 

Langkah 3: Soothing WOW Cream
Krim ini di formula supaya dapat memulihkan wajah. Sapukan pada wajah dan leher. Sangat sesuai di gunakan pagi dan malam. 

Langkah 4: Sun Milk SPF25PA++
Krim ini juga sangat sesuai di gunakan setiap hari.. Dan juga memberi pelindungan daripada sinaran UV matahari serta kulit kering. Ambil jumlah yang secukupnya dan sapu di seluruh wajah setiap hari. 

Ke empat-empat langlah ini, jika korang amalkan, insyaAllah.. Kulit wajah yang di idamkan pasti akan korang miliki.. 

Ini Reen jumpa di Watson.. Kalau kornag nak cuba.. Boleh cari di Watson atau  ke laman web Cosmoderm. 

30 Orang Yang Pertama Dalam Islam

30 Orang Yang Pertama Dalam Islam



1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada
hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah
pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
hijrah : Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah
dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan adzan: Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi
SAW : Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al- Awwam

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW : Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam
Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar
Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas
Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil
Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah klu tidak SHARE sbab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH kenali Islam kita. ❤️🥰😍

Perkongsian & CreditTweets 👇🏻
@Bubih97

JIN: UMMU SIBYAN

UMMU SIBYAN


Menurut pengalaman murobbi, Jin ini adalah jenis jin wanita yg suka memporak-perandakan rumah-tangga Kita, mengunci nafsu isteri, membunuh bayi dalam kandungan, menaikkn nafsu lelaki sekaligus memanfaatkan airmani lelaki, dan lain-lain.

Wanita mengandung pula, ummu sibyan akan masuk ke dlm kandungan isteri kemudian menendang bayinya sehingga keguguran, menyumbat & mengunci/mengikat rahim isteri dgn tujuan tidak blh mengandung/mandul dan tiada nafsu kpd suami.

Sebab ummi sibyan masuk kerumah ada 2 iaitu,

1. Masuk ketika waktu dekat nak magrib, terutamanya cahaya matahari berwarna kemerahan / jingga.

2. Mengangkat jemuran pakaian selepas magrib kerana mereka akan menjampi sihir kemudian sihir itu menumpang di pakaian tersebut agar sihir itu dpt masuk ke rumah.

Jadi, tutuplah segala pintu rumah depan belakang dan segala tingkap/jendela sebelum bertemu waktu nak dekat Maghrib atau cahaya matahari berwarna kemerahan / jingga. Dan angkatlah jemuran Kain sebelum waktu itu juga. Tambahan lain, bersihkanlah debu-debu seperti habuk/sarang labah2 di siling, di dinding dan lain2 kerana mereka membuat rumah mereka di sana dan beranak-pinak di sana..
Apabila tidak dicegah dan dibiarkan boleh membawa penyakit sehingga tahap kronik sprt suka marah, benci-membenci,, tekanan jiwa/Hati, malas beribadah, anak nakal & keras kepala dan lain2...

Sebagai tambahan pagar rumah, selitkan surah zalzalah dlm bacaan-bacaan lain dlm proses memagar rumah..kerana ia umpama pintu/jendela yg berapi yg dgn izinNya bersifat membakar segala Jin & syaitan.. caranya lebihan garam pagar rumah itu campur dgn air kemudian spray/percikkan kat semua permukaan pintu utama & blkng serta semua tingkap/jendela rumah.

Daripada sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian.” (Sahih HR Bukhari & Muslim)

Resepi Kek Batu Marmar

KEK BATU MARMAR


450gm mentega
1 gelas gula halus
10 biji telur ayam
1 gelas tpg susu
1 gelas tpg gandum
1 gelas milo
1 tin kaya kecil
100gm susu manis
1 sudu teh vanilla
200gm horlick
1 bks chocolate cadbury @ coklat masak(cairkan)
3 sudu mkn browning sugar

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan kaya dan susu manis, pukul sebati.
3. Masukkan horlick dan tepung sikit demi sedikit.

Bahagikan kepada 2 bahagian

A..Campur kan adunan dengan milo, coklat cadbury (dipatahkan) dan browning. Gaul rata.

B..Campur adunan dengan susu tepung
Bagi 3 bahagian,
1.merah
2.hijau
3.kuning
Kukus berasingan setiap warna. Bila ketiga tiga sudah masak, potong dadu.

4. Letakkan separuh adunan A dalam loyang dan susun rawak bahagian B dan ulang proses.
5. Kukus sehingga masak


Bekalan Pertama Vaksin Covid 19



Bekalan pertama vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech akan tiba 26 Feb ini dari Puurs, Belgium. Selepas itu, bermulalah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bakal menjadi program vaksinasi terbesar di negara ini.

Pemberian vaksin ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan berjalan sepanjang tahun sehingga Feb 2022.

Suntikan vaksin boleh diambil di pusat pemberian vaksin yang akan dibuka di seluruh negara.

Setakat ini, 600 pusat pemberian vaksin yang terdiri daripada fasiliti kesihatan KKM, hospital universiti dan hospital ATM telah dikenal pasti.

Sasaran suntikan vaksin ialah 26.5 juta orang atau 80% populasi negara untuk membentuk herd immunity.

Penyumbang utama untuk pembentukan imuniti berkelompok ini ialah kumpulan Fasa 3 - individu sihat berumur 18 tahun ke atas.

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keraguan mengenai vaksin atau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, emailkan kepada imunisasi@moh.gov.my

#COVID19
#KKMalaysia
#Pfizer

15 Tips Murah Rezeki



15 Tips Murah Rezeki

1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.

2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.

3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.

4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.

5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!

6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.

7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.

8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.

9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!

10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.

11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.

12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.

13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).

14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.

15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri.

Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.

Kredit : The Tazkirah Iman

Resepi Takoyaki

Takoyaki Resepi adunan tepung:(batter) 1cwn tpg gandum 1 1/2sudu besar tpg jagung 2 bj telur 2 cwn air 1/2 kiub ayam 1sudu bsr kicap Garam ...